BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

~sambung lagi~........

Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera...

Saya doakan semoga para pembaca blog semua sihat sejahtera di bawah lindunganNya...
Pada hemat saya, sebenarnya para pelajar tahu akan kesalahan yang mereka lakukan.. mereka tahu sesuatu perkara itu salah dan melanggar disiplin sekolah.. tetapi.. kenapa mereka tetap melakukannya?? Mesti ada punca dan sebab mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, sebabnya ada berkaitan dengan orang sekeliling pelajar itu, iaitu ibu bapa...rakan-rakan.... guru-guru & masyarakat..............

Bagi saya pelajar yang melanggar disiplin atau melakukan kesalahan, bukanlah salah mereka 100%... individu yang rapat dengan mereka sebenarnya memainkan peranan penting mempengaruhi gaya tingkah laku mereka...

pelajar yang nakal di sekolah (saya tidak suka memanggil pelajar jahat) sebenarnya hanya mahukan kepuasan di sekolah kerana mereka tidak dapat kepuasan yang sebenar di sekolah.. contoh yang paling mudah.. pelajar yang mempunyai masalah keluarga seperti ibu bapa bercerai, ayah suka pukul, ibu bapa terlalu sibuk dan sebagainya lebih cenderung untuk melakukan kesalahan di sekolah.. Hal ini kerana mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa dan tidak mendapat kepuasan yang maksimum di rumah.. maka jalan yang mudah, mereka membuat hal di sekolah dengan harapan guru-guru akan memberikan perhatian kepada mereka dan kenal siapa mereka... mereka ini tidak takut pada hukuman yang dikenakan, kerana bagi mereka hukuman itu yang menyebabkan mereka puas, puas kerana ibu bapa akan tahu kesalahan yang dilakukan oleh mereka... (memberontak dalam diam)....... kenapa?? Kerana mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa...

sebenarnya banyak lagi penyebab yang menyebabkan pelajar berkelakuan melanggar disiplin di sekolah.. jika ada kesempatan atau ada kes-kes yang menarik, saya akan kongsikan bersama anda.. untuk penulisan seterusnya, saya akan tumpukan kepada bagaimana untuk menjadi “Brilliant student”.. . saya kongsikan dengan anda hasil pembacaan saya daripada buku yang dikarang oleh badrul sani.... (^_^).............................

0 comments: