BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

~sambung lagi~........

Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera...

Saya doakan semoga para pembaca blog semua sihat sejahtera di bawah lindunganNya...
Pada hemat saya, sebenarnya para pelajar tahu akan kesalahan yang mereka lakukan.. mereka tahu sesuatu perkara itu salah dan melanggar disiplin sekolah.. tetapi.. kenapa mereka tetap melakukannya?? Mesti ada punca dan sebab mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, sebabnya ada berkaitan dengan orang sekeliling pelajar itu, iaitu ibu bapa...rakan-rakan.... guru-guru & masyarakat..............

Bagi saya pelajar yang melanggar disiplin atau melakukan kesalahan, bukanlah salah mereka 100%... individu yang rapat dengan mereka sebenarnya memainkan peranan penting mempengaruhi gaya tingkah laku mereka...

pelajar yang nakal di sekolah (saya tidak suka memanggil pelajar jahat) sebenarnya hanya mahukan kepuasan di sekolah kerana mereka tidak dapat kepuasan yang sebenar di sekolah.. contoh yang paling mudah.. pelajar yang mempunyai masalah keluarga seperti ibu bapa bercerai, ayah suka pukul, ibu bapa terlalu sibuk dan sebagainya lebih cenderung untuk melakukan kesalahan di sekolah.. Hal ini kerana mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa dan tidak mendapat kepuasan yang maksimum di rumah.. maka jalan yang mudah, mereka membuat hal di sekolah dengan harapan guru-guru akan memberikan perhatian kepada mereka dan kenal siapa mereka... mereka ini tidak takut pada hukuman yang dikenakan, kerana bagi mereka hukuman itu yang menyebabkan mereka puas, puas kerana ibu bapa akan tahu kesalahan yang dilakukan oleh mereka... (memberontak dalam diam)....... kenapa?? Kerana mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa...

sebenarnya banyak lagi penyebab yang menyebabkan pelajar berkelakuan melanggar disiplin di sekolah.. jika ada kesempatan atau ada kes-kes yang menarik, saya akan kongsikan bersama anda.. untuk penulisan seterusnya, saya akan tumpukan kepada bagaimana untuk menjadi “Brilliant student”.. . saya kongsikan dengan anda hasil pembacaan saya daripada buku yang dikarang oleh badrul sani.... (^_^).............................

Monday, June 27, 2011


click to create your own

~sambungan Part 2~

~sambungan~...............

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Alhamdulillah.. bersyukur kpd Allah, Tuhan Pencipta Alam ini.... sy dpt menulis kembali...
ketika ini saya menulis sambil menonton buletin utama 27 Jun 2011 yang memaparkan berita tentang seorang guru di Pasir Mas, Kelantan yang telah ditumbuk oleh bapa seorang pelajar perempuan di sekolahnya kerana beliau mengambil tindakan disiplin ke atas anaknya.... ibu pelajar berkenaan pula mengacukan parang...

hmmmm... saya terfikir & terdiam sebentar.... adakah tugas sebagai seorang guru kini tidak lagi selamat?? Sentiasa terdedah kepada bahaya keganasan ibu bapa???..... saya tertanya-tanya sendiri.... kenapa? Mengapa? Perlukah? ibu bapa bertindak sedemikian?? Apa rasionalnya?? Adakah ibu bapa ini TERLALU sayangkan anaknya? Sehingga sanggup bertindak sedemikian kepada seorang guru yang telah mengajar, yang mengambil berat tentang perihal anaknya....
sebagai seorang pendidik, walaupun saya masih baru, namun aliran kasih sayang, rasa kasih saya terhadap pelajar tidak pernah surut walaupun pelajar itu kadangkala kurang ajar atau membuat masalah di sekolah. Tidak pernah terdetik di hati saya ingin melihat pelajar itu gagal..tidak pernah terdetik untuk melihat pelajar itu kecundang dalam hidup....... seringkali saya memikirkan masalah pelajar,memikirkan bagaimana cara saya mahu menyedarkan mereka daripada dunia khayalan mereka.... namun adakalanya saya gagal... adakalanya saya berjaya...

apa yang penting...kerjasama.. hehehehehehe....(^_^)

berbalik kepada persoalan yang sya lontarkan pada entry lepas... kenapa??..mengapa??...perlukah...?? saya akan menghuraikan satu persatu dengan memberikan pandangan mengapa masalah ini berlaku.. apakah faktornya??... saya merumuskan bahawa terdapat 7 faktor yang menyebabkan pelajar melanggar disiplin di sekolah.... iaitu..........
1) Diri sendiri
2) Ibu bapa
3) Rakan sebaya
4) Media massa
5) Sekolah
6) Masyarakat
7) Pihak berwajib
Saya tidak menyusun mengikut keutamaan.. bila anda membaca, anda yang tentukan sendiri.. apa yang utama itu tidak penting, yang penting ialah kita mengetahui faktor dan bagaimana cara untuk atasinya..........

.........~sambung lagi~...............

Sunday, June 26, 2011


click to create your own

Kenapa??Mengapa??Perlukah???

Assalamualaikum wbt... salam sejahtera..

seringkali apb sy mengendalikan sesi kaunseling dgn pelajar terutamanya pelajar yg dirujuk atas sbb disiplin.. sy tertanya2.. kenapa pelajar ini mesti melakukan kesalahan? adakah beliau tidak faham??atau sengaja buat2 xfhm?? Mengapa pelajar ini tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh sekolah?? adakah beliau tidak tahu walaupun telah bersekolah rendah selama 6 tahun?? & perlukah pelajar ini dihukum atas kesalahan mereka?...

bukankah pelajar perlu dibimbing?? ditunjuk ajar?? bukan dihukum sesuka hati??... dimanakah pincangnya??dimanakah punca kekalutan masalah ini?? sama2 kita fikirkannya...

sy akan cuba ulas dalam penulisan seterusnya.... (^_^)

..cikgu ayu...

assalamualaikum wbt.. salam sejahtera... salam 1 malaysia.. tgh2 cri ilham utk menulis dalam blog nie.. tetibe je sy tringat kenakalan student sy di sekolah.. bila jmpa sy ja mst siap nyanyi lgu ni.. haha.. kdg2 nk tergelak pon ada.. mna tdknya, dr blok atas kalo nmpk sj kelibat sy, mesti dh nyanyi... "CIKGU AYU".. lalallala..

aiii.... mcm2 la prangai bdk skg nie.. hmmm.. apa2 pun buat pelajar yg slalu menyanyi utk cg.. syukran jazilan.. terima kasih byk2 cg ucapkan... kerana anda ingat cikgu AYU........ (^_^)..........

...lagu cikgu ayu...

Teringat masa dulu ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku ceria didada ku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu membenihkan cintaku
Cikgu ayu

Tiap hari sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu,
Kenapa rasa rindu?
Kacaunya jiwaku mungkin kerna cintaku
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Jalan no 1
Rumah berwarna biru kampug ulu bharu
Disitu rumah cikgu
Cikgu ayu
Cintaku
Cintaku

Ulang dari mula

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu juga kawan-kawan ku ayah ibu

aktifkan semula.....@cg ayu......

Assalamualaikum wbt.. salam sejahtera.. salam satu Malaysia.. hampir setahun blog ini tidak aktif.. banyak perkara & kekangan yang tidak dapat dielakkan.. kini cg ayu muncul kembali untuk berkongsi pandangan, menerima cadangan atau apa sahaja pendapat yang ingin dikongsi..

kepada para pelajar cg yg mengikuti blog ini.. terima kasih cg ucapkan..... kalo anda ada masalah, atau apa sahaja myang menyerabutkan pikiran anda.. anda boleh berkongsi dengan cg... (^_^).......... nantikan episod awal hasil penulisan di blog ini. okiessssssssss.. chow sin chi........ salam...........