BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 27, 2011

~sambungan Part 2~

~sambungan~...............

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Alhamdulillah.. bersyukur kpd Allah, Tuhan Pencipta Alam ini.... sy dpt menulis kembali...
ketika ini saya menulis sambil menonton buletin utama 27 Jun 2011 yang memaparkan berita tentang seorang guru di Pasir Mas, Kelantan yang telah ditumbuk oleh bapa seorang pelajar perempuan di sekolahnya kerana beliau mengambil tindakan disiplin ke atas anaknya.... ibu pelajar berkenaan pula mengacukan parang...

hmmmm... saya terfikir & terdiam sebentar.... adakah tugas sebagai seorang guru kini tidak lagi selamat?? Sentiasa terdedah kepada bahaya keganasan ibu bapa???..... saya tertanya-tanya sendiri.... kenapa? Mengapa? Perlukah? ibu bapa bertindak sedemikian?? Apa rasionalnya?? Adakah ibu bapa ini TERLALU sayangkan anaknya? Sehingga sanggup bertindak sedemikian kepada seorang guru yang telah mengajar, yang mengambil berat tentang perihal anaknya....
sebagai seorang pendidik, walaupun saya masih baru, namun aliran kasih sayang, rasa kasih saya terhadap pelajar tidak pernah surut walaupun pelajar itu kadangkala kurang ajar atau membuat masalah di sekolah. Tidak pernah terdetik di hati saya ingin melihat pelajar itu gagal..tidak pernah terdetik untuk melihat pelajar itu kecundang dalam hidup....... seringkali saya memikirkan masalah pelajar,memikirkan bagaimana cara saya mahu menyedarkan mereka daripada dunia khayalan mereka.... namun adakalanya saya gagal... adakalanya saya berjaya...

apa yang penting...kerjasama.. hehehehehehe....(^_^)

berbalik kepada persoalan yang sya lontarkan pada entry lepas... kenapa??..mengapa??...perlukah...?? saya akan menghuraikan satu persatu dengan memberikan pandangan mengapa masalah ini berlaku.. apakah faktornya??... saya merumuskan bahawa terdapat 7 faktor yang menyebabkan pelajar melanggar disiplin di sekolah.... iaitu..........
1) Diri sendiri
2) Ibu bapa
3) Rakan sebaya
4) Media massa
5) Sekolah
6) Masyarakat
7) Pihak berwajib
Saya tidak menyusun mengikut keutamaan.. bila anda membaca, anda yang tentukan sendiri.. apa yang utama itu tidak penting, yang penting ialah kita mengetahui faktor dan bagaimana cara untuk atasinya..........

.........~sambung lagi~...............

0 comments: